Sunday, January 18, 2009

New SeMeStEr + New StOrY= New Li@r..



Dunia ini jika diciptakan Allah tanpa diiringi dengan hari akhirat, tentulah kehidupan ini amat mengecewakan banyak manusia.Apa tidaknya, entah berapa ramai insan yang dizalimi haknya sedangkan dia tidak dapat menuntutnya kembali disebabkan kedaifan dirinya, atau keadaan yang tidak membelanya. Sehingga ada insan yang dijatuhkan maruahnya, ditipu atau diceroboh hartanya, diseksa jasad, bahkan dibunuh tubuhnya secara zalim.


Firman Allah: (maksudnya) maka apakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu dengan sia-sia dan kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Maha Benar; tiada yang diabdikan diri melainkan Dia, Tuhan Yang mempunyai ‘arasy yang mulia (surah al-Mukminun ayat: 115-116).


Kenapa orang sanggup menipu? Sanggup memfitnah? Kalau hanya kerana duit dan mengampu orang itu memng mangkuk, bangang,dan sebagainya yang teruk2 aje la.cbe lah terus terang jew..

kenapa manusia sanggup menipu. Sedangkan mereka tahu hukum hakamnya.


Entah berapa ramai insan yang dicemari maruahnya. Dibuat dan direka cerita palsu mengenai dirinya. Maka mata-mata manusia memandangnya dengan sinis. Terpinga-pinga dia dan bertanya: siapakah yang memulakan cerita dusta ini yang aku menderita kerananya? Tersenyum barangkali si pereka cerita disebabkan dia tidak dapat dikesan. Namun Allah Maha Mengetahui segalanya dan tidak pernah lupa.

4 comments:

  1. owh..

    siapa kah yg dperkatakan??
    adakah saya mengetahui nye..

    doakan lah semoga insan itu cepat2 bertaubat..

    amin!!

    ReplyDelete
  2. haha..pura2 xtau pulak..
    hampagas nye ennis...

    ReplyDelete
  3. hish..
    sesungguhnya saya tidak mengerti dan tidak tahu menahu hal ni sume..
    aku kn naif..
    xtau pape..

    ReplyDelete