Tuesday, December 11, 2012

"If you want to be a leader, you must have ideas. If not, you're simply a follower."

Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja. Janganlah kamu menganggap Ilmu mu itu sudah tinggi,, sedangkan kamu tiada ADAB. Janganlah kamu menganggap Ilmu mu itu sudah tinggi,, sedangkan kamu tiada Ikhlas. Janganlah kamu menganggap Ilmu mu sudah tinggi,, sedangkan kamu tiada 'AMAL. Janganlah kamu menganggap Ilmu mu sudah tinggi,, sedangkan kamu tiada YAQIN. Dengan ADAB,,IKHLAS,,'AMAL dan YAQIN itu akan membawa kamu kepada TAWADHU'. Ikutlah akan resam padi....makin berisi makin ia TUNDUK.. Dan ia sebagai manfaat yang berguna kepada AKU dan KAMU,, sekiranya sama-sama menganggapkan akan ia sebagai satu MANFAAT..


   





"‎"Kerana boleh jadi kamu BENCIKAN sesuatu, sedang ALLAH hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu KEBAIKAN yang banyak untuk kamu"


AN~NISAA' 19. :)"

Wednesday, November 21, 2012

luruskan niat kerana Allah...In Shaa Allah (dgn izin Allah)




Manusia yang bijak ialah mereka yang sentiasa melihat peluang di sebalik halangan; sebaliknya manusia yang dungu ialah mereka yang sentiasa melihat halangan di sebalik peluang.
#malah tak habis2 cari salah org lain dan berfikiran sempit(negatif) ttg org lain.
Tepuk dahi, tanya minda sendiri.




❝..JANGAN terlalu mengharap akan KESEMPURNAAN, jika TIDAK mahu berusaha MEMPERBAIKI DIRI melalui KESALAHAN..❞ .

 




Doa Lembutkan hati.



  Jiwa Tak Tenang ▬► Ambil Wuduk ▬► Sujud Pada Allah ▬► Berzikir / Membaca al-Quran ▬► Air Mata Mengalir ▬► Berdoa ▬► InsyaAllah Hati Kembali Tenang ♥

‎15 Kebaikan Sujud Dalam Solat

Ahli sains telah mengkaji kebaikan sujud dalam solat dan terhasillah 15 kebaikan ini. Tetapi perlu ingat, solat itu tetap wajib walau tiada kajian sains dibuat.

15 Kebaikan Sujud Dalam Solat
Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang. Berikut merupakan 15 kebaikan sujud dalam solat. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat.



1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

7. Meringankan bahagian pelvis.

8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut .(Convulsions).

13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong ,riak takbur dan sebagainya.

15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.



Melayukini.net – Walau tiada 15 kebaikan sujud ni pun, semua umat Islam wajib untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Amalan pertama yang ditanya bukanlah berapa sihat kamu di dunia, atau berapa banyak duit kamu ada, tetapi adalah amalan solat kamu. Baik amalan solat kamu, insyaAllah senang kehidupan kamu selepas mati kelak. Wallahualam.

Monday, November 19, 2012

Saturday, October 20, 2012

Thursday, September 20, 2012