Ahli sains telah mengkaji kebaikan sujud dalam solat dan terhasillah 15 kebaikan ini. Tetapi perlu ingat, solat itu tetap wajib walau tiada kajian sains dibuat.
15 Kebaikan Sujud Dalam Solat
Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang. Berikut merupakan 15 kebaikan sujud dalam solat. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat.
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut .(Convulsions).
13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong ,riak takbur dan sebagainya.
15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Melayukini.net – Walau tiada 15 kebaikan sujud ni pun, semua umat Islam wajib untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Amalan pertama yang ditanya bukanlah berapa sihat kamu di dunia, atau berapa banyak duit kamu ada, tetapi adalah amalan solat kamu. Baik amalan solat kamu, insyaAllah senang kehidupan kamu selepas mati kelak. Wallahualam.
Wednesday, November 21, 2012
Monday, November 19, 2012
Saturday, October 20, 2012
Sunday, September 23, 2012
Thursday, September 20, 2012
Thursday, September 6, 2012
Saturday, June 23, 2012
(✿◠‿◠)
SESEORANG YANG TERISTIMEWA
Bukanlah dia yang selalu ada di depan mata...
Bukan pula dia yang selalu ada di sisi kita...
Tapi dia yang setia di hati & selalu mengingat kita dalam DOANYA.. ♥
Ada saat dimana kamu harus berhenti berharap, dimana kamu telah menyadari bahwa waktumu hanya terbuang sia2 utk dia yg tak pernah perduli dan tak menghargai pengorbanan dan ketulusanmu...!!!
namun jangan hancurkan kebahagiaan orang lain sebab satu saat nanti akan tiba orang lain yang akan menghancurkan kebahagiaan kamu.. dan Jangan pula tinggalkan orang yang kamu sayang/cinta kerana seorang yang kamu suka sebab orang yang kamu suka itu akan tinggalkan kamu demi orang yang mereka sayang/cinta.
#suka tak semestinya cinta, bila cinta ianya di semai dengan sayang.
Aku minta BERPISAH bukanlah kerana aku MEMBENCI, cuma aku bimbang kau bukanlah UNTUKKU..kau bukanlah JODOHKU dan di akhirnya kita MENYESALI masa yang terbuang dan SIA-SIA, yang akan berakhir dengan KEKECEWAAN dan yang lebih aku bimbangkan..berakhir dengan KEMURKAAN Allah, PENCIPTA kita..✿ܓ
~ Ingatlah, PERTEMUAN itu BERSYARAT namun PERPISAHAN itu
MUTLAK..(✿◠‿◠)
Subscribe to:
Posts (Atom)















