1- Handphone sentiasa ditangan. Waktu curang ni, handphone ibarat nyawa mereka. Kemana saja mereka pergi..handphone wajib dibawa.
2- Bila dapat gaji,5 hari lepas tuh dah pokai dah. muahaha. Kemana lagi duit tu kalau bukan melayan awek baru woo.siap beli sport rim baru,janji xpnh tunaikan...
3- Bab dating pun dah kureng waktu ni. Kalau dulu, tiap-tiap malam ajak keluar makan sama-sama. Tapi, waktu curang ni…lelaki akan beri 1001 alasan kalau diajak dating woo. Paling tak tahan, pakwe kawan saya pernah buat alasan nak baca Yasin. Pleaselah. Padahal, rumet cakap…that guy keuar dengan bau perfume semerbak ok.hahaha. Dasar!
4- Kalau dulu, before nak tidur..awek say i love you..kemain suka. Siap jawab “I love you too yang”. Waktu curang harapan tinggal harapan. Sia-sia aja si awek tunggu dihujung talian. At last, talian sudah diputuskan begitu saja.
5- Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda
Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.
Don't worry, be happy. Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah (dari buku ‘Alamak Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:
ReplyDeletePagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.