Tuesday, September 27, 2011

ENAM CINTA YANG MENAKJUBKAN

Wanita Memerlukan Perhatian, Lelaki memerlukan Kepercayaan
Wanita Memerlukan Pengertian, Lelaki memerlukan Penerimaan
Wanita Memerlukan Rasa Hormat, Lelaki memerlukan Penghargaan
Wanita Memerlukan Kesetiaan, Lelaki memerlukan Kekaguman
Wanita Memerlukan Penegasan, Lelaki memerlukan Persetujuan
Wanita Perlu Jaminan, Lelaki Perlu Dorongan


Belajar mencintai orang yang hari ni masih milikmu sebelum dia pergi dari hidupmu. ...hari ini mungkin dia masih mencintaimu, tapi mungkin besok takkan ada lagi cinta untuk mu dan mungkin besok kamu yang akan lebih mencintai dia ketika dia telah pergi...... jadi, jangan pernah sia-siakan cinta yang sekarang ini mengisi hati mu..♥









Hiduplah Sesuka hatimu,
Sesungguhnya kamu pasti mati.
Cintai siapa saja yang kamu senangi,
Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya..



LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya,

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

No comments: