Friday, September 9, 2011

CIRI-CIRI SI JAHIL YANG CUAI DAN SI ALIM YANG MALAS




Perumpamaan seorang jahil yang cuai di dalam menuntut ilmu yang wajib itu, laksana seorang hamba yang dikirim surat oleh tuannya, yang menyuruhnya melakukan beberapa perkara dan melarangnya melakukan beberapa perkara. Malangnya tiada mengerti apa yang terkandung didalamnya, padahal ia boleh mempelajarinya dan bertanya kepada orang lain.


Demikian pulalah dengan perumpamaan seorang alim yang tidak beramal dengan ilmunya, laksana seorang hamba yang melihat isi kandung surat tuannya serta mengetahui apa yang terkandung di dalam suratnya itu, akan tetapi ia enggan mematuhi segala suruhan dan larangan yang terkandung di dalam surat itu.


Cubalang renungkan, wahai saudara-saudara sekelian, moga-moga Allah SWT merahmati anda sekelian, adakah ada kecuaian yang lebih dahsyat daripada yang yang dilakukan oleh hamba terhadap tuannya itu? Dapatkah mereka membuat alasan atau mengemukakan keuzuran kepada tuan mereka terhadap perbuatan mereka itu tadi? Bukankah mereka sepatutnya dihukum kerana berani menentang perintah dan kurang perhatian terhadap arahan tuannya?


Berhati-hatilah jangan sekali-kali kita menjadi salah seorang daripada kalangan hamba-hamba seperti yang tadi iaitu satu orang jahil yang tidak mahu belajar ataupun alim yang tiada mahu belamal dengan ilmunya, kelak anda akan binasa. Ketika itu anda akan binasa dan akan rugi- seruginya di dunia dan akhirat, inilah yang dikatakan kerugian yang sebenar-benarnya.

Adapun memperluas diri dalam bidang ilmu-ilmu agama yang berguna dan menambah pengetahuan lebih dari kadar yang perlu, maka itu adalah sebaik-baik jalan untuk menuju ke jalan Allah SWT dan hendaklah di sertakan dengan niat ikhlas semata-mata menuju ke jalan Allah SWT.


Disamping itu hendaklah seseorang itu mengerah diri untuk beramal denga ilmu yang dituntutnya serta mengajarkannya pula kepada orang lain denga tujuan untuk menempah keredhaan Allah SWT dan mendapat balasan yang baik di Hari Akhirat.





Ada 3 Ciri atau tanda orang Jahil (dungu) :



1. Suka membanggakan dirinya,

2. Berbicara tentang hal-hal yang bukan menjadi urusannya,

3. Suka melarang orang lain, tetapi dia sendiri melakukannya.


Apakah ada salah satu diantara ketiga hal tersebut diatas pada diri kita?

InsyaAllah tidak, kalau kita bisa membuangnya jauh-jauh.


Semoga kita mendapat hidayahNya.


Amien.










No comments: